Pages

kalendar 2021

Pages

Pages

Pages

Pages

Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020 : Cerita Sosial 1


Cerita sosial 1 yang bertajuk “Nenek dan Datuk” dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi karya oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan seorang budak yang bernama Alim yang suka bermain dengan ayam , itik peliharaan datuk dan nenek di kampung . Jarak rumah Alim dengan kampungnya hanya mengambil masa selama 30 minit perjalanan  . Apabila sampai di kampung, Alim terus menuju ke reban ayam dan itik tetapi tidak ada seekor pun ayam dan itik yang berkeliaran dekat reban tersebut . Alim terus menangis kerana menyangka ayam dan itik sudah mati  . Nenek Alim memberitahu bahawa ayam dan itik tidak mati tetapi dipindahkan ke reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama . Setelah puas melihat ayam dan itik , Alim pun masuk ke dalam rumah datuk dan nenek . Alim memandang sekeliling rumah dan menjadi keliru kerana berlainan daripada kebiasaan dia pandang . Alim sedih dan terus menangis kerana menyangka rumah dan datuk sudah tiada . Nenek memujuk Alim dan bercerita tentang almari,katil,kerusi dapur kepada Alim . Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran , kak Madinah dan Aisyah . Mereka sungguh terhibur menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen . Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat .


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment