Pages

kalendar 2021

Pages

Pages

Pages

Pages

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF DR.NORMALIZA ABD RAHIM



        
          Cerita sosial 2 yang bertajuk “Saya yang Istimewa” dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi karya oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan seorang budak yang bernama Alim yang memiliki nilai-nilai murni yang telah diterapkan oleh ibu bapa Alim dan patut untuk dicontohi dan dijadikan teladan kepada kita semua .

            Pada suatu hari , bapa Alim telah membawa balik banyak buah-buahan tempatan kerana beliau tahu bahawa keluarganya gemar memakan buah-buahan tempatan . Buah yang telah dibawa balik seperti rambutan , manggis , langsat dan sebagainya . Ketika makan buah-buahan , ibunya telah memesan agar sampah dibunag di dalam bakul yang telah disedikan agar tidak bersepah .

          Alim telah meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada kepada Sulaiman iaitu kawan karibnya . Alim mengambil buah yang telah diasingkan ibunya di dalam plastic dan terus menuju ke rumah Sulaiman untuk memberikan buah tersebut .Alim sangat patuh kepada arahan dan nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapanya agar tidak nakal dan selalu berbuat baik kepada masyarakat .


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.






No comments:

Post a Comment