Pages

kalendar 2021

Pages

Pages

Pages

Pages

Friday 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
 
1. Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka 


Ibu bapa adalah permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari ini. Dengan izin Allah, ibu bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa kita. Hanya mereka, tidak yang lain. Ingatkah kita betapa besar pengorbanan ayah dan ibu dalam memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita dilahirkan? Bermula dengan susah payah ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kita, lahirnya kita di muka bumi pula disambut dengan kalimah suci yakni azan ke telinga kita oleh ayah. Itupun setelah ibu berhempas pulas melahirkan kita. Kemudian masa berlalu dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Kitalah buah hati ibu bapa. Diberikan mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat dengan penuh kasih sayang. Diberikan tempat tinggal yang terbaik mengikut kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang segar sehingga kita membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka . Oleh itu , kita sebagai anak mestilah mematuhi dan mendengar nasihat ibu bapa dan emberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut . Akhir sekali , kita mestilah berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa . Anak yang soleh dan solehah mampu membawa kedua ibu bapanya ke syurga .

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT. 




No comments:

Post a Comment