Pages

kalendar 2021

Pages

Pages

Pages

Pages

Thursday 5 March 2020

TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNVEL & SCOTT (1997)







Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/Peninggalan mesej

2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan

3. Parafrasa

4.Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)

7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10. Pertukaran kod

11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)

Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

                
                     Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan  yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei  & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
           Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya adalah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat sementara mengelakkan topik yang merujuk kepada mengelakkan menulis sesuatu topik kerana tidak tahu sesuatu kata.  Mesej pertukaran merujuk kepada pertukaran mesej asal dengan mesej baru oleh sebab kekurangan  kosa kata manakala perpampiran adalah penggunaan kata yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan kata sasaran.  Taksonomi seterusnya jalah penggunaan kata semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum Luntuk menggantikan kata yang lebih tepat atau pun spesitik manakala cipataan kata baru merupakan kiptaan kata yang tidak terdapat dalam bahasa leksikal sasaran.  Penstrukturan semula pula adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej dengan mengubah dari struktur asal ayat.  Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran.  Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morphologi ke bahasa sasaran dan kod pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam penulisan.  Penggunaan kata yang tidak dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa-apa perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
            Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru.  Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baru.  Pendekatan strategi kounikasi yang baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini.  Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada singkatan, penafiarvpercanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan kesopanan.  Enam strategi ini tidak terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper (19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan .

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi . Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment