Friday 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
 
1. Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka 


Ibu bapa adalah permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari ini. Dengan izin Allah, ibu bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa kita. Hanya mereka, tidak yang lain. Ingatkah kita betapa besar pengorbanan ayah dan ibu dalam memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita dilahirkan? Bermula dengan susah payah ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kita, lahirnya kita di muka bumi pula disambut dengan kalimah suci yakni azan ke telinga kita oleh ayah. Itupun setelah ibu berhempas pulas melahirkan kita. Kemudian masa berlalu dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Kitalah buah hati ibu bapa. Diberikan mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat dengan penuh kasih sayang. Diberikan tempat tinggal yang terbaik mengikut kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang segar sehingga kita membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka . Oleh itu , kita sebagai anak mestilah mematuhi dan mendengar nasihat ibu bapa dan emberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut . Akhir sekali , kita mestilah berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa . Anak yang soleh dan solehah mampu membawa kedua ibu bapanya ke syurga .

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT. 




Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020 : Ulasan Tugasan Asas Grafik


                                                 Ulasan tugasan Asas Grafik BBM3410




Berdasarkan gambar diatas menunjukkan ahli kumpulan kami iaitu The Luxe Production yang telah melakukan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah pada 17 Februaru 2020 . Tugasan yang diterima dapat disiapkan dengan jayanya dengan bantuan semua ahli kumpulan .







Gamabar diatas pula menunjukkan hasil kerja yang telah disemak oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim . Hasil kerja tersebut telah diberikan kepada kami sebagai kenangan untuk tugasan berkumpulan .

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografi

                                                 
                                                              Long shot : pemandangan                                         





                                                                 Long shot : manusia




                                                          Medium shot : pemandangan



                                                         Medium shot : manusia



                                                                 Potrait : penuh



                                                                  Potrait : Fokus



                                                                Mug shot : Iskandar



Mug shot : Nurin



Mug shot : Haiqal



Mug shot : Alia



Mug shot : Shafika



Mug shot : Munirah 




Mug shot : Hasni




Mug shot : Syifa




Mug shot : Irah 




Mug shot : Najmi






Close-up : benda




Close-up : mata






BBM3410Satu2020 : Blanket Test 2.0


SOALAN BLANKET TEST 2.0
Soalan    1      : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Jawapan 1      : Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan    2     : Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?

Jawapan 2     : Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supayaa dikenali oleh orang ramai.

Soalan     3       : Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?

Jawapan  3       : Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF DR.NORMALIZA ABD RAHIM



        
          Cerita sosial 2 yang bertajuk “Saya yang Istimewa” dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi karya oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan seorang budak yang bernama Alim yang memiliki nilai-nilai murni yang telah diterapkan oleh ibu bapa Alim dan patut untuk dicontohi dan dijadikan teladan kepada kita semua .

            Pada suatu hari , bapa Alim telah membawa balik banyak buah-buahan tempatan kerana beliau tahu bahawa keluarganya gemar memakan buah-buahan tempatan . Buah yang telah dibawa balik seperti rambutan , manggis , langsat dan sebagainya . Ketika makan buah-buahan , ibunya telah memesan agar sampah dibunag di dalam bakul yang telah disedikan agar tidak bersepah .

          Alim telah meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada kepada Sulaiman iaitu kawan karibnya . Alim mengambil buah yang telah diasingkan ibunya di dalam plastic dan terus menuju ke rumah Sulaiman untuk memberikan buah tersebut .Alim sangat patuh kepada arahan dan nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapanya agar tidak nakal dan selalu berbuat baik kepada masyarakat .


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.






KELUARGAKU TERCINTA

Assalamualaikum w.b.t . Nama saya Muhammad Fitri Haiqal bin Mohamad Karim . Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dua kakak dan dua adik .Saya merupakan anak ketiga dalam keluarga dan merupakan datu-satunya anak lelaki dalam keluarga saya .
             Nama ayah saya ialah Mohamad Karim bin Mat Nor .Ayah saya dilahirkan pada 30 Oktober 1967. Ayah saya berumur 52 tahun dan  bekerja sebagai buruh .Ayah saya seorang yang penyayang dan mempunyai 9 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke ketiga ..
             Nama ibu saya ialah Hanisah binti Mohd Nor .Ibu saya berumur 52 tahun dan dilahirkan tanggal 1 April 1967. Ibu saya bekerja sebagai seorang suri rumah sepenuh masa .Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.Ibu saya  mempunyai 11 orang adik beradik dan merupakan anak yang keempat dalam keluarga.
           Saya juga mempunyai dua orang adik perempuan dan dua orang kakak perempuan. Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Ainzatul Balkhies manakala adik perempuan saya yang kedua ialah Nur Izatty Ameerah Kedua-dua sangat rajin membantu kami sekeluarga ketika memerlukan bantuan seperti memasak , membasuh baju dan sebagainya
         Nama kakak perempuan saya yang pertama ialah Zaireen Ain manakala kakak perempuan kedua ialah Nur Hidayatul Shamimi . Kedua-dua kakak saya telah bekerja bagi menampung keluarga kami yang serba kekurangan ini . Kedua-dua kakak saya selalu menghantar wang kepada ibu di kampung agar dapat meringankan beban kami di sini
Walaubagimanapun , kami akan berkumpul di kampung apabila sambutan hari raya menjelma unruk menyambut hari yang mulia ini bersama-sama keluarga yang tercinta. Oleh itu , saya dan bapa akan membuat persiapan sepenuhnya untuk menyabut hari raya agar setiap hari raya ayang kami lalui menjadi kenangan yang terindah dalam hidup ..







BBM3410Satu2020 : TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NAMA : MUHAMMAD FITRI HAIQAL BIN MOHAMAD KARIM
NO.MATRIK :197262



Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Grafik

Kelas BBM3410 hari ini telah melakukan satu aktiviti asas grafik dengan mengambil 5 gambar dari majalah yang telah dicari dan diletakkan bawah tajuk asas grafik seperti mudah,warna,teks,kesesuaian dan keseimbangam . Kami dari kumpulan The Luxe Production telah membahagikan tugas masing-masing agar kerja yang dilakukan cepat siap dan dapat dihantar pada waktu yang telah ditetapkan .



Selepas membahagikan tugas , setiap ahli kumpulan membuat tugas masing-masing seperti memilih gambar yang sesuai untuk diletakkan dalam elemen asas grafik. Setelah menjumpai gambar yang sesuai , kami telah memotong gambar tersebut untuk ditampal pada mounting board.


Setelah selesai semuanya , kami pun menyusun mounting board mengikut aturan dan diikat dengan reben supaya kelihatan kemas serta cantik.







BBM3410Satu2020 : Blanket Test

Soalan 1: Berapa ayat dalam teks?
Jawapan 1: 4 ayat


Soalan 2: Sila terangkan satu elemen asas grafik yang berkaitan dengan gambar ini.
Jawapan 2: Keseimbangan. Di dalam gambar itu, di bahagian atas terdapat warna langit yang cerah dan diseimbangikan dengan warna laut yang gelap di bawah. Di bahagian kanan pula, kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangi dengan resort di sebelah kiri yang padat. Malah, di sebelah kiri terdapat sebuah bot yang juga mengimbangi resort yang padat itu.

Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020 : Cerita Sosial 1


Cerita sosial 1 yang bertajuk “Nenek dan Datuk” dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi karya oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan seorang budak yang bernama Alim yang suka bermain dengan ayam , itik peliharaan datuk dan nenek di kampung . Jarak rumah Alim dengan kampungnya hanya mengambil masa selama 30 minit perjalanan  . Apabila sampai di kampung, Alim terus menuju ke reban ayam dan itik tetapi tidak ada seekor pun ayam dan itik yang berkeliaran dekat reban tersebut . Alim terus menangis kerana menyangka ayam dan itik sudah mati  . Nenek Alim memberitahu bahawa ayam dan itik tidak mati tetapi dipindahkan ke reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama . Setelah puas melihat ayam dan itik , Alim pun masuk ke dalam rumah datuk dan nenek . Alim memandang sekeliling rumah dan menjadi keliru kerana berlainan daripada kebiasaan dia pandang . Alim sedih dan terus menangis kerana menyangka rumah dan datuk sudah tiada . Nenek memujuk Alim dan bercerita tentang almari,katil,kerusi dapur kepada Alim . Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran , kak Madinah dan Aisyah . Mereka sungguh terhibur menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen . Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat .


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020 : Tentang Diri




Nama diberi Muhammad Fitri Haiqal bin Mohamad Karim . Saya berasal daripada negeri Kelantan yang terletak disempadan Thailand . Saya mempunyai 5 orang adik beradik iaitu 4 perempuan dan satu lelaki . Saya telah menyambung pengajian pada peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kos sastera bahasa dan linguistik melayu. Saya adalah lepasan STPM dari Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja di Kelantan yang mengambil masa 15 minit dari teratak saya .

Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 cara penulisan blog yang baik .

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menghuraikan lebih menarik
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat baca dan difahami.
8.Dapat berkomunikasi dengan pembaca .
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan .


(Rujukan Normaliza Abd Rahim (2014)

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperolehi penulisan blog yang baik . Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara penulisan baik dalam buku beliau yang bertajuk Ehh ! Media Sosial . Setiap penulis blog mestilah mempunyai cara yang betul dalam penulisan blog agar tidak menimbulkan isu yang sensitif atau boleh menyebabkan pembaca tidak berminat untuk membaca penulisan blog kita . Cara yang telah dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) boleh diambil sebagai panduan kepada penulis untuk menulis blog yang baik agar tidak menimbulkan kekeliruan daripada pembaca . Penulisan blog yang baik akan menyebabkan pembaca berminat untuk membaca dan menarik  pembaca untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh penulis blog . Penulis blog mestilah memasukkkan elemen-elemen yang berbentuk jenaka atau pendidikan kerana secara tidak langsung dapat menarik hati pembaca . Selain itu , penulis blog mestilah mengaitkan penulisan blog dengan berita terkini agar pembaca dapat mengetahui tentang isu semasa tanpa membuka televisyen untuk mengetahui tentang isu tersebut  dengan senang . Seterusnya , penulis blog mestilah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar mudah untuk difahami oleh pembaca . Akhir sekali , penulis blog mestilah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog agar penulisan tersebut dipandang positif oleh pembaca dan berminat untuk mendalami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis . Jelaslah bahawa penulis blog mestilah mematuhi cara-cara penulisan yang baik agar tidak menimbulkan kekeliruan dan permasalahan dalam penulisan tersebut .

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2014)

Normaliz Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing : Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial: Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus Terengganu.