Cerita
sosial 1 yang bertajuk “Nenek dan Datuk” dalam buku kajian wacana dan strategi
komunikasi karya oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan seorang budak yang
bernama Alim yang suka bermain dengan ayam , itik peliharaan datuk dan nenek di
kampung . Jarak rumah Alim dengan kampungnya hanya mengambil masa selama 30
minit perjalanan . Apabila sampai di
kampung, Alim terus menuju ke reban ayam dan itik tetapi tidak ada seekor pun
ayam dan itik yang berkeliaran dekat reban tersebut . Alim terus menangis
kerana menyangka ayam dan itik sudah mati . Nenek Alim memberitahu bahawa ayam dan itik
tidak mati tetapi dipindahkan ke reban baharu yang terletak 50 meter dari reban
lama . Setelah puas melihat ayam dan itik , Alim pun masuk ke dalam rumah datuk
dan nenek . Alim memandang sekeliling rumah dan menjadi keliru kerana berlainan
daripada kebiasaan dia pandang . Alim sedih dan terus menangis kerana menyangka rumah
dan datuk sudah tiada . Nenek memujuk Alim dan bercerita tentang
almari,katil,kerusi dapur kepada Alim . Alim berhenti menangis dan duduk di
ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran , kak Madinah dan
Aisyah . Mereka sungguh terhibur menonton cerita kartun yang tersiar di dalam
televisyen . Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim
sekeluarga lebih rapat .
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment