Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
1. Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Ibu bapa adalah
permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari ini.
Dengan izin Allah, ibu bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa
kita. Hanya mereka, tidak yang lain. Ingatkah kita betapa besar pengorbanan
ayah dan ibu dalam memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita dilahirkan?
Bermula dengan susah payah ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang
bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kita, lahirnya kita di
muka bumi pula disambut dengan kalimah suci yakni azan ke telinga kita oleh
ayah. Itupun setelah ibu berhempas pulas melahirkan kita. Kemudian masa berlalu
dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Kitalah buah hati
ibu bapa. Diberikan mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat dengan
penuh kasih sayang. Diberikan tempat tinggal yang terbaik mengikut
kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang segar sehingga kita
membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa
ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka . Oleh itu , kita sebagai anak
mestilah mematuhi dan mendengar nasihat ibu bapa dan emberi layanan yang baik
kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut .
Akhir sekali , kita mestilah berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan
sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap
kali kita berdoa . Anak yang soleh dan solehah mampu membawa kedua ibu bapanya
ke syurga .
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT.