Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 cara penulisan blog yang baik .

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menghuraikan lebih menarik
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat baca dan difahami.
8.Dapat berkomunikasi dengan pembaca .
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan .


(Rujukan Normaliza Abd Rahim (2014)

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperolehi penulisan blog yang baik . Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara penulisan baik dalam buku beliau yang bertajuk Ehh ! Media Sosial . Setiap penulis blog mestilah mempunyai cara yang betul dalam penulisan blog agar tidak menimbulkan isu yang sensitif atau boleh menyebabkan pembaca tidak berminat untuk membaca penulisan blog kita . Cara yang telah dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) boleh diambil sebagai panduan kepada penulis untuk menulis blog yang baik agar tidak menimbulkan kekeliruan daripada pembaca . Penulisan blog yang baik akan menyebabkan pembaca berminat untuk membaca dan menarik  pembaca untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh penulis blog . Penulis blog mestilah memasukkkan elemen-elemen yang berbentuk jenaka atau pendidikan kerana secara tidak langsung dapat menarik hati pembaca . Selain itu , penulis blog mestilah mengaitkan penulisan blog dengan berita terkini agar pembaca dapat mengetahui tentang isu semasa tanpa membuka televisyen untuk mengetahui tentang isu tersebut  dengan senang . Seterusnya , penulis blog mestilah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar mudah untuk difahami oleh pembaca . Akhir sekali , penulis blog mestilah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog agar penulisan tersebut dipandang positif oleh pembaca dan berminat untuk mendalami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis . Jelaslah bahawa penulis blog mestilah mematuhi cara-cara penulisan yang baik agar tidak menimbulkan kekeliruan dan permasalahan dalam penulisan tersebut .

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2014)

Normaliz Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing : Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial: Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus Terengganu.

No comments:

Post a Comment