Kami telah diberi tugasan berkumpulan untuk melakukan aksi simpulan bahasa . Aksi tersebut adalah berlainan dalam setiap ahli. Jadi , 10 aksi yang berlainan dapat kami hasilkan dalam tugasan yang berikan kali ini.. Selamat menonton .
kalendar 2021
Saturday, 28 March 2020
Tuesday, 24 March 2020
Monday, 16 March 2020
BBM3410Satu2020 ; JENIS -JENIS FLATLAY
https://youtu.be/0dXK6Yv-wWw
Monday, 9 March 2020
BBM3410Satu2020: Asas Fotografik
Friday, 6 March 2020
NOTA ASAS GRAFIK
NOTA ASAS GRAFIK
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa , Selangor , Penerbit UPM .
Thursday, 5 March 2020
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacarna kepada
beberapa unsur iaitu makro dan mikro, kawalan kuasa, kawalan wacana awam dan
kawalan pemikaran (Rajah 1). Setiap
elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat
makna global dari suatu teks yang dapat diamati serta dari topik atau tema
sesuatu teks. Superstruktur pula
membincangkan lentang kerangka teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup
dan kesimpulan. Struktur mikro pula
memberi fokus kepada makna tempatan daripada teks yang dapat diperhatikan
daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang digunakan oleh teks.
Struktur Makro
Makna global dari
suatu teks yang dapat diarnati dari topik / tema satu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks
seperti hagian perlahulan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makria lokal dari
suat u teks yarng dapat diperhatikan Dari pilihan kata, kalimat dan gaya yang
digunakan oleh satu teks
Rajah 1: Analisis
Kritikan Wacana Analisis oleh vanDijk (1977)
Fairclough (1995) pulamenitikatik teoritis analisis kritis
analisis Rajah 2) dalam menganalisis data.
Analisis wacana kritis oleh Fairclough (19951 dibahagi kepada "ga
elenven iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis
sosial.
Analisis tekstual
dianalisis dari aspek tatabahasa yang difokuskan kepada tema, leksikal yang
juga berfokus kepada metafora dan kohesi iaitu mengenai pengulangan dan
konjunsi. Analisis wacana analisis juga
dianalisis melalui intertektualiti seperti pra-sekian, metawacana dan penafian
manakala interdiskusi dianalisis melalui naratif, perbahasan, ekspositori dan
luahan. Elemen ketiga iaitu analisis
praktis sosial dianalisis melalui aspek ekonomi, pendidikan dan politik.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi . Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT.
TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNVEL & SCOTT (1997)
Taksonomi
Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah
bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan
atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/
Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)
Rajah
7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi
strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12
taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau
peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan
perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau
penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan,
pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan
dan akhir sekali penggunaan perkataan
yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi
strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan,
pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan
waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak
langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya
adalah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti
di tengah-tengah ayat sementara mengelakkan topik yang merujuk kepada
mengelakkan menulis sesuatu topik kerana tidak tahu sesuatu kata. Mesej pertukaran merujuk kepada pertukaran
mesej asal dengan mesej baru oleh sebab kekurangan kosa kata manakala perpampiran adalah
penggunaan kata yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan kata
sasaran. Taksonomi seterusnya jalah
penggunaan kata semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum Luntuk
menggantikan kata yang lebih tepat atau pun spesitik manakala cipataan kata
baru merupakan kiptaan kata yang tidak terdapat dalam bahasa leksikal
sasaran. Penstrukturan semula pula
adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej
dengan mengubah dari struktur asal ayat.
Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur
sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran.
Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa
ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morphologi ke bahasa sasaran dan kod
pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam
penulisan. Penggunaan kata yang tidak
dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan
dengan apa-apa perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch &
Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa
terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru. Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada
komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang
baru. Pendekatan strategi kounikasi yang
baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada
singkatan, penafiarvpercanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan
kesopanan. Enam strategi ini tidak
terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper
(19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi
ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan .
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi . Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT.
MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Terdapat banyak manfaat yang diperolehi masyarakat daripada aplikasi Instagram seperti
berkongsi penegtahuan mereka , mempelajari kemahiran , tujuan komunikasi dan
sebagainya . Oleh itu , setiap aplikasi mempunyai manfaat yang tersendiri jika
penggunaannya secara betul dan memenuhi kriateria tertentu .
Rujukan : Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), Eh!!! Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG .
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan
perbincangan blog ini terbahagi kepada tiga iaitu pengajian kesusasteraan ,
pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia . Berdasarkan graf 6.1 yang
diberi menunjukkan persektif responden lelaki dan wanita terhadap genre
kesusasteraan seperti puisi, cerpen , skrip drama dan pantun . Hasil yang dapat
dilihat untuk genre puisi adalah 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden
wanita )yang menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis
puisi . Peratus menujukkan wanita lebih suka menulis puisi dalam blog
berbanding lelaki . Responden menulis puisi dalam blog berdasarkan emosi mereka
terhadap seseorang . Responden juga dilihat gembira menulis dalam bahasa
pilihan , blog merupakan platform yang sesuai untuk tujuan ini . Untuk cerpen
pendek sebanyak 86.7% (26 responden lelaki dan 96.7% responden wanita )
menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen
pendek . Keputusan menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi daripada pertusan
lelaki . Responden juga mengatakan bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya
adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik dan mudah untuk difahami . Oleh
itu , imaginasi responden mampu meningkatkan motivasi mereka terhadap keyakinan
di dalam setiap penulisan .Seterusnya untuk penulisan skrip adalah sebanyak
76.3% untuk responden lelaki dan sebanyak 93.3% untuk responden wanita . Hal
ini kerana wanita lebih berminat berkongsi idea dan pandang dalam menulis skrip
berbanding dengan lelaki .
Penulisan blog dalam
pembelajaran bahasa dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam
kalangan responden . Melalui responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari
berdasarkan penulisan surat , meluahkan perasaan dan melaui pemikiran kritis
daripada blog . Bgi penulisan surat sebanyak 80% untuk lelaki dan 83% untuk
wanita . Hal ini kerana wanita lebih suka menulis surat kepada teman istimewa
atau kedua ibu bapa mereka . Menulis di dalam blog adalah cara untuk meluahkan
perasaan sebanyak 66.7% untuk lelaki dan 100% untuk wanita . Hal ini kerana responden
wanita lebih bersikap sentimental berbanding dengan responden lelaki . Menulis
teka-teki pula sebanyak 93.3% dan 96.7% untuk responden wanita . Hai ini kerana
mereka suka menulis teka teki disebabkan banyak komen diperoleh dari pembaca .
Penulisan blog dalam
pembelajaran teknlogi terbahagi kepada tiga iaitu video ,audio dan foto .
Berdasarkan video sebanyak 100% responden lelaki dan wanita . Hal ini kerana
memasukkan video ke dalam blog , ia dapat memberi kepuasan kepada mereka . Bagi
audio pula , sebanyak 100% untuk responden lelaki dan wanita . Oleh hl yang
demikian ,rresponden lebih berminat dengan audio kerana kesemua blog
mengandungi lagu kegemaran mereka . Bagi gambar pula sebanyak 93% responden
lelaki dan 100% responden wanita . Hal ini kerana wanita lebih gemar
menggunakan telefon bimbit mengambil gambar dan menghanarnya terus ke blog .
Responden menyatakan bahawa memuat turun gambar melalui teefon bimbit lebih
mudah berbanding dengan komputer .
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) , Eh!!! Media Sosial . Terengganu : Universiti Malaysia . Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)