Thursday 5 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG .






Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan perbincangan blog ini terbahagi kepada tiga iaitu pengajian kesusasteraan , pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia . Berdasarkan graf 6.1 yang diberi menunjukkan persektif responden lelaki dan wanita terhadap genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen , skrip drama dan pantun . Hasil yang dapat dilihat untuk genre puisi adalah 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita )yang menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi . Peratus menujukkan wanita lebih suka menulis puisi dalam blog berbanding lelaki . Responden menulis puisi dalam blog berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang . Responden juga dilihat gembira menulis dalam bahasa pilihan , blog merupakan platform yang sesuai untuk tujuan ini . Untuk cerpen pendek sebanyak 86.7% (26 responden lelaki dan 96.7% responden wanita ) menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek . Keputusan menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi daripada pertusan lelaki . Responden juga mengatakan bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik dan mudah untuk difahami . Oleh itu , imaginasi responden mampu meningkatkan motivasi mereka terhadap keyakinan di dalam setiap penulisan .Seterusnya untuk penulisan skrip adalah sebanyak 76.3% untuk responden lelaki dan sebanyak 93.3% untuk responden wanita . Hal ini kerana wanita lebih berminat berkongsi idea dan pandang dalam menulis skrip berbanding dengan lelaki .

Penulisan blog dalam pembelajaran bahasa dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden . Melalui responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari berdasarkan penulisan surat , meluahkan perasaan dan melaui pemikiran kritis daripada blog . Bgi penulisan surat sebanyak 80% untuk lelaki dan 83% untuk wanita . Hal ini kerana wanita lebih suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka . Menulis di dalam blog adalah cara untuk meluahkan perasaan sebanyak 66.7% untuk lelaki dan 100% untuk wanita . Hal ini kerana responden wanita lebih bersikap sentimental berbanding dengan responden lelaki . Menulis teka-teki pula sebanyak 93.3% dan 96.7% untuk responden wanita . Hai ini kerana mereka suka menulis teka teki disebabkan banyak komen diperoleh dari pembaca .

Penulisan blog dalam pembelajaran teknlogi terbahagi kepada tiga iaitu video ,audio dan foto . Berdasarkan video sebanyak 100% responden lelaki dan wanita . Hal ini kerana memasukkan video ke dalam blog , ia dapat memberi kepuasan kepada mereka . Bagi audio pula , sebanyak 100% untuk responden lelaki dan wanita . Oleh hl yang demikian ,rresponden lebih berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka . Bagi gambar pula sebanyak 93% responden lelaki dan 100% responden wanita . Hal ini kerana wanita lebih gemar menggunakan telefon bimbit mengambil gambar dan menghanarnya terus ke blog . Responden menyatakan bahawa memuat turun gambar melalui teefon bimbit lebih mudah berbanding dengan komputer .



Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) , Eh!!! Media Sosial . Terengganu : Universiti Malaysia . Terengganu 

No comments:

Post a Comment