Taksonomi
Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah
bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan
atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/
Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)
Rajah
7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi
strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12
taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau
peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan
perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau
penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan,
pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan
dan akhir sekali penggunaan perkataan
yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi
strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan,
pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan
waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak
langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya
adalah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti
di tengah-tengah ayat sementara mengelakkan topik yang merujuk kepada
mengelakkan menulis sesuatu topik kerana tidak tahu sesuatu kata. Mesej pertukaran merujuk kepada pertukaran
mesej asal dengan mesej baru oleh sebab kekurangan kosa kata manakala perpampiran adalah
penggunaan kata yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan kata
sasaran. Taksonomi seterusnya jalah
penggunaan kata semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum Luntuk
menggantikan kata yang lebih tepat atau pun spesitik manakala cipataan kata
baru merupakan kiptaan kata yang tidak terdapat dalam bahasa leksikal
sasaran. Penstrukturan semula pula
adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej
dengan mengubah dari struktur asal ayat.
Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur
sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran.
Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa
ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morphologi ke bahasa sasaran dan kod
pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam
penulisan. Penggunaan kata yang tidak
dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan
dengan apa-apa perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch &
Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa
terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru. Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada
komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang
baru. Pendekatan strategi kounikasi yang
baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada
singkatan, penafiarvpercanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan
kesopanan. Enam strategi ini tidak
terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper
(19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi
ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan .
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi . Wacana Bahasa, Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment