Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan
perbincangan blog ini terbahagi kepada tiga iaitu pengajian kesusasteraan ,
pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia . Berdasarkan graf 6.1 yang
diberi menunjukkan persektif responden lelaki dan wanita terhadap genre
kesusasteraan seperti puisi, cerpen , skrip drama dan pantun . Hasil yang dapat
dilihat untuk genre puisi adalah 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden
wanita )yang menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis
puisi . Peratus menujukkan wanita lebih suka menulis puisi dalam blog
berbanding lelaki . Responden menulis puisi dalam blog berdasarkan emosi mereka
terhadap seseorang . Responden juga dilihat gembira menulis dalam bahasa
pilihan , blog merupakan platform yang sesuai untuk tujuan ini . Untuk cerpen
pendek sebanyak 86.7% (26 responden lelaki dan 96.7% responden wanita )
menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen
pendek . Keputusan menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi daripada pertusan
lelaki . Responden juga mengatakan bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya
adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik dan mudah untuk difahami . Oleh
itu , imaginasi responden mampu meningkatkan motivasi mereka terhadap keyakinan
di dalam setiap penulisan .Seterusnya untuk penulisan skrip adalah sebanyak
76.3% untuk responden lelaki dan sebanyak 93.3% untuk responden wanita . Hal
ini kerana wanita lebih berminat berkongsi idea dan pandang dalam menulis skrip
berbanding dengan lelaki .
Penulisan blog dalam
pembelajaran bahasa dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam
kalangan responden . Melalui responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari
berdasarkan penulisan surat , meluahkan perasaan dan melaui pemikiran kritis
daripada blog . Bgi penulisan surat sebanyak 80% untuk lelaki dan 83% untuk
wanita . Hal ini kerana wanita lebih suka menulis surat kepada teman istimewa
atau kedua ibu bapa mereka . Menulis di dalam blog adalah cara untuk meluahkan
perasaan sebanyak 66.7% untuk lelaki dan 100% untuk wanita . Hal ini kerana responden
wanita lebih bersikap sentimental berbanding dengan responden lelaki . Menulis
teka-teki pula sebanyak 93.3% dan 96.7% untuk responden wanita . Hai ini kerana
mereka suka menulis teka teki disebabkan banyak komen diperoleh dari pembaca .
Penulisan blog dalam
pembelajaran teknlogi terbahagi kepada tiga iaitu video ,audio dan foto .
Berdasarkan video sebanyak 100% responden lelaki dan wanita . Hal ini kerana
memasukkan video ke dalam blog , ia dapat memberi kepuasan kepada mereka . Bagi
audio pula , sebanyak 100% untuk responden lelaki dan wanita . Oleh hl yang
demikian ,rresponden lebih berminat dengan audio kerana kesemua blog
mengandungi lagu kegemaran mereka . Bagi gambar pula sebanyak 93% responden
lelaki dan 100% responden wanita . Hal ini kerana wanita lebih gemar
menggunakan telefon bimbit mengambil gambar dan menghanarnya terus ke blog .
Responden menyatakan bahawa memuat turun gambar melalui teefon bimbit lebih
mudah berbanding dengan komputer .
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) , Eh!!! Media Sosial . Terengganu : Universiti Malaysia . Terengganu
No comments:
Post a Comment