Wednesday 29 April 2020

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN & LEVINSON (1987) DAN CERITA SOSIAL 2




STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN & LEVINSON (1987)

 Bald on-record     

Contoh: Bersedia! 
Dengar sini ....
Berikan saya bakul besar itu.
 Lampu itu berwarna hijau.
 Masuk masuk. 
Jemput makan.
 
 Kesopanan Positif

 Contoh: Kamu nampak sugul.  Boleh saya tolong? 
Boleh saya pinjam seratus ringgit? 
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

 Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Tolong berikan saya pinggan putih itu. 
Kalaubegitu, sedikit arahan tidak diperlukan? 
Membuang botol kosong secara rata-rata tidak dibenarkan. 

Off-record

Wah, semakin sejuk di dalam bilik ini.
 Mahal betul harga kasut di sini.  Cantik baju kamu.

Nama : Muhammad Fitri Haiqal bin Mohamad Karim (197262)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) , Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi , Universiti 
Malaysia Terengganu , UMT .



CERITA SOSIAL 2

Cerita sosial 2 yang bertajuk “Saya yang Istimewa” dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi karya oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan seorang budak yang bernama Alim yang memiliki nilai-nilai murni yang telah diterapkan oleh ibu bapa Alim dan patut untuk dicontohi dan dijadikan teladan kepada kita semua .

            Pada suatu hari , bapa Alim telah membawa balik banyak buah-buahan tempatan kerana beliau tahu bahawa keluarganya gemar memakan buah-buahan tempatan . Buah yang telah dibawa balik seperti rambutan , manggis , langsat dan sebagainya . Ketika makan buah-buahan , ibunya telah memesan agar sampah dibuang di dalam bakul yang telah disedikan agar tidak bersepah .

          Alim telah meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada kepada Sulaiman iaitu kawan karibnya . Alim mengambil buah yang telah diasingkan ibunya di dalam plastic dan terus menuju ke rumah Sulaiman untuk memberikan buah tersebut .Alim sangat patuh kepada arahan dan nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapanya agar tidak nakal dan selalu berbuat baik kepada masyarakat .


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment