Sunday 14 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER



PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

1. Twitter mudah untuk diakses ,pantas ,efisyen dan membekalkan informasi terkini manakala Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajaran terutama dalam perbincangan aktiviti .

2. Twitter kelihatan mempunyai lebih aura positif dan kebanyakkannya digunakan oleh individu yang berpendidikan manakala Facebook digunakan pelajar sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglihatan lebih luas dalam proses pembelajaran .

3. Twitter telah membantu ramai orang dengan memudahkan kerja harian mereka manakala Facebook membantu guru menggabungkan suruhan dalam talian teknik mengajar konvensional iaitu secara bersemuka dengan jayanya .

4. Twitter juga membantu dalam menggunakan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang betul manakala Facebook memudahkan pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris .

5. Twitter membimbing pengguna aplikasi tersebut dengan cara yang betul manakal Facebook merupakan salah satu alat pembelajaran yang berpengaruh untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti berasaskan bahasa yang bermakna dan meningkatkan perkembangan kecekapan berkomunkasi dalam pelajar bahasa .


Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, Ehh!! Media Sosial (2017) , Universiti Malaysia Terengganu , UMT  

No comments:

Post a Comment